ShoutMix chat widget

05 November 2011

surat untuk awak..

assalamualaikum..

awak apa khabar? dunia dah banyak berubah kan? dulu dan sekarang memang banyak beza.. dan perbezaan tu makin ketara bila saya mula jauh dari awak.. awak tau kan yang saya bukan sengaja nak pergi dari awak.. saya pergi pun sebab masa depan.. bukan saya tak percayakan awak, tapi kita harus berfikiran terbuka.. andaikan satu hari nanti awak tinggalkan saya.. apa agaknya akan jadi pada saya.. pasti sukar untuk saya hadapi situasi tu.. 
awak pernah cakap pada saya yang awak akan selalu hubungi saya.. seminggu selepas saya tinggalkan awak, awak kerap hantar mesej.. "good morning :)" "jangan lupa lunch.." "good night :)" semua mesej awak tu buat saya tersenyum.. sebab saya tau awak masih ingat dekat saya.. tapi sebulan selepas saya pergi, awak pun mula menyepi.. seminggu sekali payah awak nak mesej.. takpe, saya biarkan.. mungkin awak sibuk.. saya mesej awak dekat ym, hampir sebulan baru ada balasan.. tu pun cuma mesej ringkas.. tidak seperti yang dulu..
saya jenguk fb awak.. awak selalu online.. tapi tak pernah nak tegur saya.. bila saya IM, awak tak balas.. saya tenangkan hati.. mungkin awak tengah buat kerja, tak menghadap fb aje.. tapi bila terpandangkan profile seseorang pada friendlist awak, saya jadi curiga.. saya pernah nampak gambar dia dekat phone, tapi saya diamkan sebab awak kata dia cuma kawan awak..
tapi hati saya tetap curiga.. sebab saya pun ada kawan lelaki tapi takde la sampai nak ber'sayang-sayang' dekat public.. takde la nak bergambar sampai laga-laga pipi.. bila saya tanya awak, awak kata saya cemburu tak bertempat.. saya bukan cemburu, saya cuma taknak diri awak bergelumang dengan dosa.. saya tau saya bukan siapa-siapa lagi pada awak, tapi kita tetap saudara seislam.. saya taknak awak terbuai dengan hasutan dunia yang hanya sementara..
saya tau saya pernah menolak lamaran awak untuk menjadi kekasih saya.. bukan niat hati untuk menghampakan awak, cuma saya tak mau kita terjerumus ke kancah maksiat yang hanya membawa kepada dosa dan caci-maki orang sekeliling.. saya tau saya jarang balas mesej awak.. bukan sebab saya sombong tapi saya taknak kita terjerumus ke kancah zina hati.. saya sengaja tak jawab panggilan awak.. bukan saya tak ingat awak tapi saya taknak kita terleka dengan benda sementara..

p/s :: saya buat semua nie sebab saya sayangkan awak.. ukhwah fillah abadan abada.. :)


nota kaki :: peringatan untuk aku yang baru mengenal dunia luar.. peace no war!

1 coret-coret:

Ku Azhar said...

alhamdulillah..t klau suka kawin cpt2 tau :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...